Kisah Zaman Nabi
Syahidnya Amar Bin Thabit Selepas Syahadah
assalamualaikum wbt :)
Suatu ketika tatkala Rasulullah s.a.w. sedang bersiap di
medan perang Uhud , tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga . Seorang lelaki
yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui Baginda s.a.w. Dia rupanya
ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama Rasulullah s.a.w. Amar ini berasal dari Bani Asyahali . Sekalian
kaumnya ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz
memeluk Islam . Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu .
Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya , walaupun dia orang baik dalam
pergaulan . Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam , ia menjawab , “Kalau aku
tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya.” Demikian angkuhnya Amar .
Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan
Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam . Ia terasing sendirian ,
hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang . Kini
dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang , dia segera menemui
Rasulullah s.a.w. menyatakan dirinya
akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah
pimpinan Rasulullah s.a.w. Pedangnya
yang tajam ikut dibawanya .
Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan Amar dengan sangat
gembira , tambah pula rela akan maju bersama Nabi Muhammad s.a.w. Tetapi orang
ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini , kerana masing-masing sibuk
menyiapkan bekalan peperangan . Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui
keIslamannya . Bagaimana Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan . Dalam
perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa .
Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya , tidak dipedulikannya .
Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan .
“Untuk apa ikut ke mari ya Amar?” Demikian tanya orang yang hairan melihatnya ,
sebab sangka mereka dia masih musyrik . Mereka kira Amar ini masih belum Islam
lalau mengikut sahaja pada orang ramai . Dalam keadaan antara hidup dan mati
itu Amar lalu berkata , “Aku sudah beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya ,
lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang . Allah s.w.t. akan
memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama lagi .” Amar meninggal .
Rohnya mengadap ke hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid . Waktu hal ini
diketahui Rasulullah s.a.w. maka Baginda
s.a.w. pun bersabda , : “Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya.”
Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan
penuh takjub , sebab di luar dugaan mereka . Malah Abu Hurairah r.a sahabat
yang banyak mengetahui hadith Rasulullah s.a.w. berkata kaum Muslimin , “Cuba
kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah
bersyarat sekalipun juga terhadap Allah s.w.t.”
“Jika kamu tidak tahu orangnya .” Kata Abu Hurairah r.a lagi
, lalu ia pun menyambung , ujarnya , “Maka baiklah aku beritahukan , itulah dia
Amar bin Thabit .” Demikianlah kisah seorang yang ajaib , masuk syurga demikian
indahnya . Ia tidak pernah solat , puasa dan lain-lainnya seperti para sahabat
yang lain , sebab dia belum memeluk Islam . Tiba-tiba melihat persiapan yang
hebat itu , hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui Rasulullah
s.a.w. Ia menjadi Muslim , lalu maju ke
medan perang , sebagai mujahid yang berani . Akhirnya tewas dia dengan mendapat
syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid . Mati membela agama Allah
s.w.t. di medan perang . Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan
syahid . Rasulullah s.a.w. menjamin syurga bagi orang seperti Amar ini .
Wallahulam
No comments:
Post a Comment