Penubuhan sebuah universiti di negeri Kelantan telah dijadikan
salah satu komponen dalam Rancangan Malaysia Ke-9 bagi menyokong pembangunan
modal insan berkualiti dalam sektor pendidikan tinggi negara. YAB Perdana
Menteri Malaysia telah mengumumkan persetujuan kerajaan untuk menubuhkan sebuah
universiti di Kelantan dalam pembentangan RMKe-9 pada 31 Mac 2006.
Penubuhan Universiti ini telah mendapat kelulusan daripada
Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Kabinet pada 14 Jun 2006. Jemaah Menteri juga telah menetapkan supaya
falsafah kurikulum pengajian di UMK berteraskan kepada pendidikan keusahawanan
dan perusahaan (entrepreneurship education and enterprises) dalam semua program
pengajian. Oleh itu frasa rangsangan seperti“Entrepreneurship is Our Thrust”
(Keusahawanan Teras Kami) dan “Entrepreneurial University”(Universiti
Keusahawanan) digunakan dengan meluas. Pengkhususan pengajian untuk pembangunan
jangka masa pendek dan sederhana dikelompokkan kepada tiga bidang pengajian
iaitu :
1. Keusahawanan dan Perniagaan
2.
Teknologi Kreatif dan Warisan; serta
3.
Agro-industri dan Sains Sumber Asli
Pada masa yang sama, penekanan diberi kepada kemahiran
bahasa dan kemahiran insaniah. Semua program pengajian bertujuan untuk
melahirkan modal insan negara yang berkualiti tinggi dengan minda kelas pertama,
lengkap dengan ciri-ciri keusahawanan. Modal insan yang dihasilkan dimanfaatkan
untuk kesejahteraan global dengan memberi perhatian kepada peningkatan
keupayaan dan kemampuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) (capability and
capacity building of SME)serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat
perdagangan berkeusahawanan tinggi. Dalam semua pelaksanaan, teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) diguna sebagai pengupaya (ICT as an enabler).
Penubuhan Universiti
Kampus sementara Universiti Malaysia Kelantan di Taman
Bendahara mula beroperasi secara rasmi pada 1 Julai 2007 dengan pendaftaran
pelajar-pelajar sulung UMK seramai 295 orang. Pada tahun kedua operasi, iaitu
mulai Julai 2008, pihak Universiti telah berjaya mendaftar seramai 332 orang
pelajar.
Naib Canselor pertama Universiti Malaysia Kelantan ialah Y.
Bhg. Prof. Ir. Dr. Zainai bin Mohamed yang dilantik pada 1 Oktober 2006.
No comments:
Post a Comment