Tuesday, 10 December 2013

kini syahid yang tertangguh pula menyusul menghadap Illahi :)

Siapa Sebenarnya Ahmad Ammar Ahmad Azam ? Kebelakangan ini , banyak perkongsian tentang kisah Ahmad Ammar Ahmad Azam di laman sosial terutamanya Facebook dan Twitter . Tetapi ramai juga yang bertanya siapa sebenarnya Ahmad Ammar Ahmad Azam ni . Untuk pengetahuan , Ahmad Ammar telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya . Beliau dilanggar oleh sebuah ambulan ketika melintas jalan di Istanbul pada hari Sabtu 2 November 2013 .






Biodata Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam

Beliau seorang rakyat Malaysia yang belajar di Turki . Beliau berusia 20 tahun adalah seorang pelajar yang cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki . Ahmad Ammar seorang ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang aktif dan bapanya Tuan Hj Ahmad Azam Abdul Rahman merupakan Presiden ABIM untuk tahun 1997-2005 .




Di Turki , beliau sangat disenangi dan dihormati orang ramai kerana di usia yang muda , beliau banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah . Beliau juga banyak mengikuti pelbagai misi kemanusiaan seperti di Syria dan sebagainya . Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam juga sangat disenangi kerana mempunyai budi pekerti yang baik , rajin , berdisiplin dan beliau juga dihormati rajin berdakwah untuk perjuangan Islam .

Beliau sangat dihormati di Turki, Allahyarham Ahmad Ammar disolatkan di Masjid Ayub Sultan , Istanbul dan disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn di mana tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi , auliya’ , panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana .



antara mesej terakhir beliau dengan kakaknya . seolah-olah sudah mengetahui yang kematian akan menjemputnya tidak lama lagi . Allahu Allah :)




kau telah menghidupkan jiwa kami yang telah lama mati ini AHMAD AMMAR




rehat seorang mukmin adalah KEMATIAN





sungguh bertuah kedua-dua ibu bapa mu kerana mempunyai anak sepertimu AHMAD AMMAR



*semoga aku juga akan turut mengikut jejak langkahmu . bahagia dunia akhirat :)

*ibu , ayah . doakan kakak boleh jadi macam nie jugak yea :)

# Al-fatihah

No comments:

Post a Comment