Kejohanan Piala Suzuki AFF 2012, yang telah ditaja oleh
Suzuki dan secara rasminya dinamakan sebagai Piala Suzuki AFF 2012 adalah
Kejohanan Bola Sepak ASEAN kali ke-9, kejohanan bola sepak Asia Tenggara. Ia
dianjurkan bersama oleh Malaysia danThailand dan telah berlangsung pada 24
November hingga 22 Disember 2012.
Singapura menjadi pasukan pertama memenangi Kejohanan Bola
Sepak ASEAN empat kali, menewaskan Thailand 3–2 secara agregat dalam perlawanan
akhir. Jurulatih Singapura Radojko Avramović juga menjadi jurulatih paling
berjaya, kali ketiga selepas 2004 dan 2007